Perikatan Nasional

Perikatan Nasional
ڤريكتن ناسيونل
SingkatanPN
PengerusiTan Sri Muhyiddin bin Hj. Md. Yassin
Setiausaha agungDato' Seri Hamzah Zainudin
Timbalan Pengerusi
PengasasTan Sri Muhyiddin Yassin
Diasaskan23 Februari 2020 (2020-02-23) [1]
Didaftarkan7 Ogos 2020 (2020-08-07) [2]
Disahkan14 September 2020 (2020-09-14) [3]
(Disahkan oleh Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sebagai 'parti politik')
Pecahan
Didahului olehPersatuan Perikatan Parti Malaysia [4]
Ibu pejabatB4-3-1 Urbane Tower
1 Jalan Dutamas 1
Solaris Dutamas
50480 Kuala Lumpur
Keanggotaan (2024)
Ideologi
Kedudukan politikTengah kanan ke sayap kanan
AgamaIslam
Penggabungan kebangsaanArab Saudi
Warna     Biru Gelap dan Putih
Slogan
  • "Mengeratkan perpaduan"
    (14 September 2020 - 2 Oktober 2020)
  • "Satukan rakyat bersama Perikatan Nasional"
    (7 Oktober 2020 - 29 Oktober 2022)
  • "Prihatin, Bersih dan Stabil" (sejak 30 Oktober 2022)
  • "Bersama Ke Syurga Pas" (sejak 27 September 2020)
Lagu partiKami Perikatan Nasional
Dewan Negara
13 / 70
Dewan Rakyat
74 / 222
Dewan Undangan Negeri
203 / 607
Menteri Besar dan Ketua Menteri
4 / 13
Simbol pilihan raya

(seluruh Malaysia kecuali Kelantan dan Terengganu)

(hanya di Kelantan dan Terengganu)
Bendera parti
Laman sesawang
Laman Sesawang Rasmi Perikatan Nasional

Perikatan Nasional (singkatan: PN) ialah gabungan parti politik rasmi di Malaysia yang terdiri daripada 3 parti komponen. Gabungan ini ditubuhkan rentetan daripada kemelut politik Malaysia dan bagi menghadapi pilihan raya negeri Sabah yang berlaku pada tahun 2020. Parti ini didaftarkan pada 7 Ogos 2020 selepas lima bulan mentadbir Kerajaan Persekutuan Malaysia dari tarikh penubuhan Kabinet Muhyiddin Yassin pada 10 Mac 2020. Parti Perikatan Nasional telah didaftarkan di bawah Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan penggunaan logo serta bendera parti tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia. Penubuhan parti ini dipengaruhi oleh Kabinet Muhyiddin Yassin yang ditubuhkan pada 10 Mac 2020. Gabungan ini didahului oleh Persatuan Perikatan Parti Malaysia (PPPM).[5]

PN berjaya memenangi 1 kerusi dan menjadi blok kedua terbesar selepas Pakatan Harapan di Dewan Rakyat; dipanggil oleh sebahagian pihak sebagai "Gelombang Hijau. PN di Dewan Rakyat diketuai oleh Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang. PN juga merupakan blok pemerintah di empat buah negeri, iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.

  1. ^ HARIAN, WARTAWAN SINAR (2020-02-23). "Najib sahkan tandatangan SD sokong gabungan baharu". Sinarharian. Dicapai pada 2020-03-02.
  2. ^ BERITA HARIAN, Muhammad Yusri Muzamir (2020-08-07). "Perikatan Nasional didaftarkan". Berita Harian. Dicapai pada 2020-08-07.
  3. ^ BERITA HARIAN, Muhammad Yusri Muzamir (2020-09-14). "Pendaftaran Perikatan Nasional disahkan oleh ROS". Berita Harian. Dicapai pada 2020-09-14.
  4. ^ PN Official, Leadership (2020-03-23). "Persatuan Perikatan Parti Malaysia (PPPM) telah menjadi Gabungan rasmi politik yang dikenali sebagai Parti Perikatan Nasional (PN)". Gabungan Perikatan Nasional. Dicapai pada 2020-03-23.
  5. ^ PN Official, Leadership (2020-03-23). "Persatuan Perikatan Parti Malaysia (PPPM) telah menjadi Gabungan rasmi politik yang dikenali sebagai Parti Perikatan Nasional (PN)". Gabungan Perikatan Nasional. Dicapai pada 2020-03-23.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne